PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Seperti subjek lain, pelaksanaan latihan idustri turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan semasa  negara dilanda pandemik wabak Covid-19. Pelaksanaan Latihan industry mengambil kira  pengiraan 8 jam kredit, oleh itu tempoh LI adalah 16 minggu. Para pelajar FBKT di bawah program SEH SEB dan SBT telah pun memulakan latihan industri mereka pada  16 Februari 2020 dan telah diminta untuk bercuti dan bekerja dari rumah semasa pandemic tersebut. Rata rata  pelajar sempat menjalani latihan industri di syarikat selama sebulan dan telah pun menghantar tugasan ‘daily log’ di industri  masing masing pada bulan pertama mereka bekerja. Namun begitu pada 18 Mac 2020 PKP 1 bermula, maka sminggu pertama PKP itu diberikan masa untuk para coordinator LI menghubungi semua pelajar LI di setiap industri untuk mengambil cakna keadaan pelajar program masing masing. Waktu ini juga digunakan untuk mengumpul data pelajar melalui pelbagai sumber maklumat yang diperlukan oleh pelbagai pihak terutama HEPA menggunakan kaedah ‘Google form’. Pada 27 Mac 2020, satu Edaran khas pelaksaan latihan indutsri secara umum diedar oleh En. Azzhar bin Mohd Nawi kepada semua koordinator LI program. Oleh itu, satu mesyuarat Latihan Industri (LI) FBKT telah diadakan pada 29 Mac 2020 antara Dekan, Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar) dan Penyelaras LI setiap program secara atas talian menggunakan kaedah ‘Google Meet’.  Hasil mesyuarat berkenan bersetuju untuk penyelaras LI mewujudkan satu arahan pelaksanaan dan template ‘Case Study’ untuk pelajar LI laksanakan sepanjang tempoh PKP ini. Berikut disenaraikan garismasa yang telah dibincangkan hasil daripada perbincangan tersebut. Setakat ini Semua pelajar Latihan industri yang tidak menerima apa apa tugasan dari syarikat dan diberikan cuti kerana wabak covid ini telah dringkaskan mengikut garis masa seperti dibawah.

 

Tarikh

Aktiviti

PIC

1

PKP 1

18 -31 Mac 2020

Pengumpulan maklumat pelajar di Industri.

Pelajar

HEPA
Koordinator LI

2

PKP 2

1 -14 April 2020

 

Kajian kes 1

 

Pelajar

Penyelia LI Fakulti

3

PKP 3

15 -28 April 2020

Kajian kes 2

Pelajar

Penyelia LI Fakulti

4

PKP 4 (PKPB)

6 -24 Mei 2020

 

Kajian kes 3

Pelajar

Penyelia LI Fakulti

5

PKPB

28 Mei-1 Julai 2020

Laporan Akhir

Pelajar

Penyelia LI Fakulti

Pembentangan Video menggantikan kolokium LI

Pelajar

Penyelia LI Fakulti